Video - Bio Sanitary Pad - MESTI TONTON!!

VIDEO - Bahaya Pad Wanita Di Pasaran Kini!!!

Monday, April 5, 2010

Pad Wanita Punca Kanser??

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains.

Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yangboleh:

* Melemahkan sistem imun.
* Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.
* Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.
* Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil).


Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt) dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.

Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

Sumber: Internet &
Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)

No comments:

Post a Comment

The Dangers of Normal Pads&Pantyliner. Its contains the toxic DIOXIN!! Save Yourself!!